Cerpen terbaik - Bulan Ramadhan bulan puasa
CERPEN TERBAIK - BULAN RAMADHAN BULAN PUASA
Kejam celik..kejam celik...
Bulan ramadhan bulan puasa pun bakal tiba!
Tahun demi tahun....
Seperti biasa, bulan ramadhan bakal kunjung tiba untuk menemui peminat2nya!
Aku rasa...tidak ramai peminat bulan ramadhan di Singapura!
KERANA...
Di sini....
Peminat nafsu lebih ramai dan lebih utama..!
Peminat wang dan harta lebih ramai dan lebih utama
Peminat anti kehidupan akhirat lebih ramai dan lebih utama
Peminat ajaran sesat hidup bebas buat apa punya suka lebih ramai dan lebih utama
Peminat hidup mengikut hawa-nafsu berpoya-poya lebih ramai dan lebih utama
Peminat hidup senang jadi kaya-raya menongkat langgit...lebih ramai dan lebih utama!!
Olih itu....
Ku harap...
Bulan ramadhan usah berkecil hati jika kurang mendapat sambutan di Singapura..!
Singapura dan sebuah harapan
SINGAPURA DAN SEBUAH HARAPAN
Aku harap....
Mudah2an....akan muncul lebih ramai lagi pemimpin2 yang sebenar2nya berjiwa rakyat yang tidak mementingkan keuntungan diri mereka sendiri di Singapura!
Aku rindukan pemimpin2 yang berjiwa luhur di Singapura!
Aku rindukan pemimpin2 yang berjuang semata2 untuk kepentingan, kesenangan dan kebahagian rakyat di Singapura!
Dan...
Aku bencikan pemimpin2 rakus yang gilakan harta kesenangan diri sendiri...yang menekan rakyat..!!!
Cerpen terbaik isteri melayu Singapura
CERPEN TERBAIK ISTERI MELAYU SINGAPURA
Ramai isteri melayu islam Singapura yang mahu menjadi isteri yang soleh sepanjang hayat mereka!
Ramai isteri2 melayu islam yang mahukan rumahtangga yang bahagia disamping anak2 dan suami yang tercinta!
Ramai isteri2 melayu islam Singapura yang mahukan kehidupan yang tenteram lagi bahagia di samping keluarga!
DAN KERANA SEBAB2 YANG DISEBUTKAN DIATAS ITULAH MAKA.....
Ramai isteri2 melayu islam di Singapura yang telah menjadi mangsa tekanan jiwa..!
Ramai isteri2 melayu islam Singapura telah menjadi stress..!
Ramai isteri2 melayu islam di Singapura yang telah ditakut2kan dan digertak2 olih suam2i mereka dengan menggunakan dalil2 agama agar taat dan patuh kepada segala kehendak suami mereka secara membabi buta...!
Ramai isteri2 melayu islam Singapura yang telah berjaya diperbodoh2kan olih suami mereka dengan menjadi lembu berusaha mencari duit semata2 untuk diberikan kepada suami mereka demi untuk taat kepada suami mereka!
....( sedangkan si suami dengan segala senang hati berjoli gunakan wang si isteri untuk berjudi..!)
PERINGATAN...!
Kerpada kaum wanita di Singapura yang belum berkahwin...
Hendaklah jangan sekali2 terpedaya dengan lelaki yang nampak alim dan warak!
SIASAT TERLEBIH DAHULU....sebelum terkena..!
KERANA...
Dizaman moden ini, ramai lelaki yang pandai menipu dengan mengunakan agama semata2 untuk membela kepentingan nafsu diri mereka sendiri..!!
Hari raya idul fitri di Singapura.
HARI RAYA IDUL FITRI DI SINGAPURA
Aku ucapkan selamat hari raya idul fitri...maaf zahir dan bathin kepada semua umat islam dimana pun mereka berada terutamanya kepada para blogger dan para pembaca blog ku ini.
Adat berhari raya...
Bermaaf- maafan di antara satu sama lain
Tanda rendah diri dan tulus hati
Melontar jauh segala kesombongan
Mohon ampun dan maaf
Diatas segala kesilapan dan keterlanjuran...
Ku ucapkan...
Selamat hari raya idul fitri
Maaf zahir dan bathin.
Sampai bertemu dilain tulisan.....
Bulan ramadhan dan kemunduran umat islam
BULAN RAMADHAN DAN KEMUNDURAN UMAT ISLAM
Di dalam bulan ramadhan yang penuh berkah ini, aku akan ceritakan pendapatku tentang mengapa umat islam mundur!?
Umat islam menjadi mundur kerana mereka LEMAH IMAN..!!
Jika umat islam kuat imannya...maka mereka akan maju didunia ini!
Itulah jawapanku kepada soalan diatas tadi.
Kuat iman itu mempunyai keluasan makna...
DAN...iman itu tempatnya adalah di hati manusia.
Diantara makn perkataan kuat iman itu ialah...
1. Kuat kemahuan dan cita2 kepada kebajikan dan kebaikkan yang diredai Tuhan
2. Kuat mental
3. Kuat berusaha
4. Kuat fizikal
5. Kuat keyakinan
6. Kuat konsentrasi
7. Kuat daya ketahanan
8. Kuat kesabaran dan keteguhan
9. Dan lain2 lagi....
Sebab itulah kita umat islam disuruh supaya beriman dan beramal soleh..!
Dengan lain perkataan...kita umat islam disuruh supaya berusaha sepanjang hayat kita untuk menguatkan iman diri kita dengan cara2 islam iaitu beramal soleh membuat kebajikkan2...
Kita disuruh berusaha menguatkan kemahuan cita2 mengejar kebaikkan..
Kita disuruh berusaha menguatkan kekuatan mental kita
Kita disuruh berusaha menguatkan kekuatan fizikal kita
Kita disuruh menguatkan kekuatan keyakinan kita
Kita disuruh berusaha menguatkan kekuatan konsenterasi kita
Kita disuruh berusaha menguatkan daya ketahanan dan kesabaran seta keteguhan kita...
JIKA kita malas....
Jika kita engkar....
MAKA...kita akan menjadi lemah!
Lemah iman..
Lemah mental
Lemah fizikal
Lemah...lemah...lemah...dan berbagai2 kelemahan!
SEBAB ITU...aku kata...umat islam mundur kerana mereka LEMAH IMAN!
Bulan Ramadhan Dan Selamat Berpuasa.
BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA
Ku ucapkan selamat berpuasa di bulan ramadhan ini kepada semua umat islam dimana pun mereka berada...
Semoga dengan berpuasa dibulan Ramadhan ini...
Maka mudah-mudahan dunia ini...
Akan semakin aman damai
Semakin tenteram
Semakin selamat
Semakin ramai dipenuhi dengan manusia yang baik-baik
Yang sukakan kedamaian dan keluhuran hati dan jiwa
Buat kemanusian...
Semoga lebih ramai manusia yang akan berusaha mengubah segala sikap jahat mereka kepada sikap yang baik2 lagi mulia!
Semoga segala sikap jahat perkauman akan hapus!
Semoga segala sikap penindasaan akan hapus!
Semoga segala sikap busuk hati, pedengki, tamak haloba, suka memfitnah, suka berperang membunuh sesama manusia tanpa kebenaran dan segala sifat2 yang buruk disisi kemanusian akan hapus di muka bumi ini!
Mudah2an dengan berlatih berpuasa.... maka akan wujud lah masyarakat dan individu2 yang lebih bersifat berperi kemanusian, bersifat saling hurmat menghurmati sesama manusia, bersifat saling sayang menyangi sesama manusia, bersifat saling tulung menulung, bersifat toleransi saling memahami, bersifat jujur dan luhur hati, bersifat tidak tamak dan gilakan kekayaan dunia...!!!
Sekali lagi ku ucapkan selamat berpuasa di bulan ramdhan ini...
Pemerintah Singapura Dan Masaalah Isue Perkauman.
PEMERINTAH SINGAPURA DAN MASAALAH ISUE PERKAUMAN.
Kenapa beberapa penulis blogger Singapura didakwa dimahkamah Singapura baru2 ini?
Apakah kerana masaalah kebebasaan menulis dan bersuara di Singapura?
Penulis2 blgger itu didakwa dan dituduh kerana telah menulis tulisan yang berbau hasutan perpecahan kaum di Singapura!..(racist remarks)
MENGKRITIK...? Untuk tujuan racist remarks?
Mengkritik untuk tujuan jahat dan menjahanamkan manusia..??
Mengkritik untuk memupuk sikap jahat didalam diri kita dan diri orang lain..??
Adakah itu tujuan aku menulis untuk mengkritik..??
Aku amat sekali2 TIDAK setuju dengan orang2 yang jahat yang mengalakkan sifat2 jahat didalam diri setiap manusia!
Aku TIDAK setuju dengan penulis2 atau pengkritik2 yang bersikap jahat!
Aku TIDAK setuju dengan pengkritik2 yang berjiwa jahat!
Bagaimana pula dengan hal diriku..??
Dibawah ini adalah pengakuan jujurku....!
AKU mengkritik BUKAN untuk menjahanamkan manusia!
Aku mengkritik BUKAN untuk memupuk sifat2 jahat didalam diri manusia..!!
AKU MENULIS UNTUK MENGKRITIK KERANA.....
Aku mahu semua manusia mempunyai SIKAP DAN JIWA yang mulia didalam diri mereka!....sebab itulah aku mengkritik!
Aku mahu semua manusia termasuk diriku sendiri....berusaha didalam hidup mereka memupuk PERIBADI MULIA dan berjiwa baik lagi luhur didalam diri mereka!....sebab itulah aku mengkritik!
Aku mahu semua manusia mengubah diri mereka dari sifat yang jahat dan berhati jiwa jahat kepada sifat yang mulia dan berhati jiwa baik lagi bersih!....sebab itulah aku mengkritik!
Aku mahu mengubati sikap, hati dan jiwa manusia2 yang jahat lagi kotor!....sebab itulah aku mengkritik!
MENGKRITIK ADALAH SATU CARA PENGUBATAN UNTUK MENGUBAT SIKAP, HATI DAN JIWA MANUSIA YANG KOTOR!
Dengan cara mengkritik dan menegur, mudah-mudahan manusia2 yang jahat sikap dan busuk hati akan mula sedar diri dan mula mahu mengubah diri mereka daripada bersikap jahat, tamak dan rakus kepada berperibadi mulia lagi luhur!
Bukankah semua manusia berhak untuk berusaha memperbaiki sikap, hati dan jiwa mereka didalam hidup mereka didunia ini?
Cuba bayangkan....kalaulah ramai manusia2 yang jahat sikap, buruk hati budi dan kotor jiwa begitu ramai membiak2 hidup di Singapura ku ini....apakah akan jadi kepada rakyat Singapura?? Tentulah masyarakat Singapura akan rosak jiwa dan akan menuju kehancuran dan perpecahan!!
Cuba bayangkan....kalaulah ramai manusia2 yang jahat sikap, tamak dan haloba, busuk hati budi dan rakus jiwanya.... begitu ramai membiak2 hidup didunia ini....apakah akan jadi kepada tamaddun manusia?? Tentulah dunia dan kehidupan didunia ini akan musnah!
Kejahatan akan memusnahkan kehidupan manusia!
Kejahatan adalah berpunca daripada masaalah sikap busuk dan jiwa jahat yang ada didalam diri manusia!
Masaalah sikap, Penyakit hati dan jiwa seperti sifat tamak haloba, rakus, busuk hati, pedengki, irihati yang tidak membina, syak-wasangka tanpa bukti, ego sombong bongkak, sikap terlalu mementingkan diri sendiri tanpa ada sifat kasih sayang dan banyak lagi....adalah wabak2 penyakit jiwa yang akan memusnahkan diri manusia itu sendiri!
Sebab itulah kritik amat sekali diperlukan!
Manusia biasanya tidak akan nampak kesilapan dan kelemahan diri mereka sendiri...melainkan kalau ditunjukkan dan ditegur olih orang lain yang berada disekelilingnya!
Sebab itulah ....aku mengkritik manusia2 di Singapura ku!
Sebab itulah...aku menulis untuk mengkritik semua manusia yang berjiwa jahat, berjiwa penipu lagi busuk hati!
Dengan cara mengkritik....aku akan dapat menyedarkan, memperbaiki dan memperbetulkan orang lain dan ini....termasuklah juga DIRIKU sendiri!
Mudah-mudahan dengan cara begini, akan terbentuklah sikap dan peribadi yang mulia didalam diri ku sendiri dan juga semua manusia didunia ini!
Masyarakat islam Singapura - kebebasaan mengkritik
MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA DAN KEBEBASAN MENGKRITIK.
Aku adalah seorang rakyat melayu islam Singapura dan aku akan mengkritk!
Mudah2an dengan cara ini, maka masyarakat islam Singapura ku akan sedar dan bangkit dan berubah pemikiran, sikap dan hati jiwa mereka kearah berani kerana benar demi kebenaran dan ketaqwaan!
Kalau kita menulis didalam blog atau dimana2 untuk mengkritik di Singapura, ada sahaja pihak yang tidak senang dan cuba akan menghalang kita dari bersuara dengan cara begitu berdiplomatik sekali!
Terutama sekali menulis untuk mengkritik Majlis Ugama Islam Singapura atau pemimpin2 islam Singapura atau pemerintah Singapura!
Ada sahaja ugutan secara HALUS atau hasutan secara senyap yang akan cuba menakut2kan kita untuk mengkritik dan bersuara!
Ada pula pihak2 yang akan cuba mempertahankan kemajuan dan kejayaan umat islam Singapura dengan menunjukkan sedikit bukti2 tentang kejayaan ekonomi, pelajaran, kerjaya mereka dan lain2 lagi, padahal jika kita siasat dengan saksama dan teliti secara menyeluruh, kita akan dapati banyak sekali kelemahan dan kekurangan umat islam Singapura! Terutama sekali tentang masaalah sikap masyarakat melayu islam Singapura!
Masyarakat islam Singapura sedang mengalami keruntuhan IMAN dan semangat beragama budaya syiar islam!
Mereka sedang mengalami masaalah keruntuhan sikap pemikiran islam dan jiwa islam didalam diri mereka!
Mereka telah dikuasai dengan corak pemikiran barat yang bukan islam!
Mereka sedang diserang dan dikuasai olih berbagai2 penyakit pemikiran, hati dan jiwa nurani seperti....penyakit sombong, penyakit ego, penyakit pandai berlagak dan berpura-pura alim!, penyakit gila menjadi mewah dan kaya, penyakit berfikiran kebendaan dan keduniaan dengan nama agama!
Selain daripada itu, ada banyak lagi penyakit2 hati dan jiwa yang sedang dihadapi olih kebanyakkan masyarakat islam Singapura! DAN mereka semakin parah dari hari kehari!
Mereka sudah mulai hilang jiwa berdakwah dan jiwa tegur menegur demi kebaikkan didalam masyarakat islam mereka!
Masing2 cuba berbuat bodoh dan berdiam diri dan tidak mahu bersuara menegur dan mengkritik kelemahan orang lain demi kebaikkan masyarakat mereka kerana dengan alasan TIDAK mahu menyakitkan hati orang lain dan bermacam2 alasan lagi!
Di Singapura, terlalu ramai umat islam Singapura yang suka berpura-pura nampak baik dan berbuat kebajikkan semata2 hanya untuk menutup malu diri, bukan kerana sebenar2nya pendirian, sikap dan hati-jiwa ketaqwaan mereka!
Tilawah Al Quran - Budaya Yang Sudah Runtuh!
TILAWAH AL QURAN - BUDAYA YANG SUDAH RUNTUH!
Tilawah al Quran?
Mengaji al Quran?
Membaca al Quran?
Bermasyarakat mengaji al Quran?
Semunya semaki runtuh dan semakin pupus di Singapura! Yang ada ialah hidup sendiri sendiri!
TIDAK ada lagi masyarakat mengaji!
Tidak ada lagi kecenderungan untuk berkumpul bermasyarakat mengaji al Quran bersama bergotong royong!
Yang ada cuma propaganda2 untuk menutup dan megabui mata orang lain!
Yang ada ialah mengaji sendiri sendiri didalam gua masing2! Beribadat sendiri2 buat hal masing2!
TETAPI...
Kalau berkumpul untuk pergi berkelah di tepi pantai beramai2...itulah yang ditunggu!
Kalau berkumpul beramai2 untuk berjalan2 berombongan sekeluarga anak beranak...pergi makan angin...itulah yang diidam2kan hati!
Kalau berkumpul beramai2 berbincang bagaimana boleh buat wang dan menjadi kaya...itulah yang menjadi idaman jantung hati..!!!
Kalau bermasyarakat berkumpul untukbersuka2 bersukan dan beriadah seisi keluarga...itulah yang dinamakan budaya islam dan ketenangan hati!
Namun...bila diajak bermasyarakat berkumpul beramai2 pasal mengaji al Quran...tiba2 sahaja sekelian wajah dan watak menjadi berubah!
Tiba2 rasa lemah...!
Tiba2 jadi malas..!
Tiba2 jadi tidak berdaya..!
Tiba2 jadi sugul..!
Tiba2 jadi muram dan macam nak mampus..!
Tiba2 wajah jadi sedih seperti wajah mayat..!
Tiba2 dunia sudah menjadi gelap seperti hari nak kiamat..!
DAN itulah yang telah berlaku kepada hati- jiwa masyarakat melayu islam di Singapura!
Hati mereka sudah jauh dari majlis membaca al Quran!
Hati mereka sudah tidak cenderung untuk bermasyarakat berkumpul mengaji al Quran!
Hati mereka sudah tidak tertarik lagi kepada bermasyarakat untuk beramai2 berkumpul mengaji di majlis2 al Quran!
Itulah dia hati perut masyarakat melayu islam di Singapura!
Majils tilawah al Quran bukan lagi idaman dan kecenderungan hati jiwa mereka...sebaliknya mereka lebih cenderung kepada aktiviti2 dan perkara2 lain dengan nama kemajuan, kebaikkan dan nama agama!!!
Sebab itu aku kata...
Hati dan jiwa umat islam di Singapura sudah rusak!
Budaya bermasyarakat islam untuk berkumpul beramai2 mengaji tilawah al Quran sudah runtuh di Singapura!
(hati dan jiwa yang tidak lagi cenderung kepada majlis al Quran Tuhannya sendiri!)
Tilawah Al Quran - Budaya Yang Sudah Runtuh!
TILAWAH AL QURAN - BUDAYA YANG SUDAH RUNTUH!
Tilawah al Quran?
Mengaji al Quran?
Membaca al Quran?
Bermasyarakat mengaji al Quran?
Semunya semaki runtuh dan semakin pupus di Singapura! Yang ada ialah hidup sendiri sendiri!
TIDAK ada lagi masyarakat mengaji!
Tidak ada lagi kecenderungan untuk berkumpul bermasyarakat mengaji al Quran bersama bergotong royong!
Yang ada cuma propaganda2 untuk menutup dan megabui mata orang lain!
Yang ada ialah mengaji sendiri sendiri didalam gua masing2! Beribadat sendiri2 buat hal masing2!
TETAPI...
Kalau berkumpul untuk pergi berkelah di tepi pantai beramai2...itulah yang ditunggu!
Kalau berkumpul beramai2 untuk berjalan2 berombongan sekeluarga anak beranak...pergi makan angin...itulah yang diidam2kan hati!
Kalau bermasyarakat berkumpul untuk beriadah seisi keluarga...itulah yang dinamakan budaya islam dan ketenangan hati!
NAMA bila diajak berkumpul beramai2 pasal mengaji al Quran...tiba2 sahaja sekelian wajah dan watak menjadi berubah!
Tiba2 rasa lemah...!
Tiba2 jadi malas..!
Tiba2 jadi tidak berdaya..!
Tiba2 jadi sugul..!
Tiba2 jadi muram dan macam nak mampus..!
Tiba2 wajah jadi sedih seperti wajah mayat..!
DAN itulah yang telah berlaku kepada masyarakat melayu islam di Singapura!
Hati mereka sudah jauh dari majlis membaca al Quran!
Hati mereka sudah tidak tertarik lagi kepada bermasyarakat untuk beramai2 berkumpul mengaji di majlis2 al Quran!
Majils tilawah al Quran bukan lagi idaman dan kecenderungan hati jiwa mereka...sebaliknya mereka lebih cenderung kepada aktiviti2 dan perkara2 lain dengan nama agama!!!
Sebab itu aku kata...
Hati dan jiwa umat islam di Singapura sudah rusak!
(hati dan jiwa yang tidak lagi cenderung kepada majlis al Quran Tuhannya sendiri!)
Mundurnya umat islam Singapura.
Umat islam Singapura tidak suka bermasyarakat...beramai-ramai berkumpul mengaji al Quran!
(mereka cuba menutup perkara itu dari diketahui oleh orang lain dengan sedikit propaganda!)
Masyarakat melayu islam Singapura tidak suka menegakkan budaya islam mereka sendiri!
(budaya musabaqah tilawah al Quran)
Mereka lebih cenderung kepada gaya budaya barat dengan nama kemajuan!
Mereka lebih cenderung dan minat menegakkan budaya barat sebagai gaya hidup dan corak pemikiran mereka!
Mereka sudah meninggalkan gaya hidup islam dan budaya islam mereka sendiri!
Mereka tidak memahami apa itu gaya hidup islam mereka dan budaya islam mereka sendiri!
Sudah 7 tahun lamanya...aku telah berusaha mengajak orang2 melayu Islam Singapura supaya sudi berkumpul beramai-ramai mengaji al Quran dan ber TARANUM AL QURAN dengan ku ...supaya menjadi budaya hidup islam mereka seminggu sekali....namun masih gagal!
Aku juga telah cuba mengajak ahli keluarga ku berkumpul bersama-sama seminggu sekali untuk berjemaah membaca al Quran sebagai satu budaya berkeluarga dan gaya hidup mereka...namun masig gagal!
Aku mempelawa mereka membaca al Quran ala bacaan QARI2 MESIR atau apa2 sahaja asalkan yang baik.
Namun nampaknya maseh gagal.
Aku telah mempelawa mereka supaya berkumpul bermasyarakat bersama2 membaca al Quran Ber LAGU AL QURAN dengan kami seminggu sekali atau sebulan sekali atau setahun sekali, namun mereka maseh tidak kunjung tiba! ( percuma pulak tuu)
Sebulan pon tak ada, tak nampak bayang muka!
Enam bulan pon tak timbul!
Setahun pon tak muncul-muncul!
3 Tahun pon tak mampir dan singgah2 juga!
Apa yangku lihat ialah mereka lebeh suka pergi belajar mengaji, tapi mereka tidak suka bermasyarakat...menghadiri majlis al Quran yang telah mereka pelajari! Mereka suka sendiri2. Mereka tidak suka berjemaah.
Aku juga dapati mereka suka berhibur2 diri dengan perkara2 lain mengikut selera masing2.
Mereka tidak suka berhibur diri dengan seni Islam LAGU AL QURAN kitab Tuhan mereka sendiri. ( tapi mereka pergi belajar al Quran )
Mereka percaya kepada al Quran dan cuba mencari keredaan Tuhan,
Tetapi.... mereka berhibur diri pada yang lain kitab Tuhan!
Mereka cuba mengkaji isi Al Quran... tetapi hati mereka lebeh berhibur kepada yang lain!
Dengan lain perkataan...
Percaya lain..... suka lain.
Kaji lain.... suka lain.
Belajar lain.... suka lain.
Iman lain.... suka lain.
Takut kepada Tuhan .....tapi suka macam nak gila yang lain.
Apa yang aku lihat lagi ialah mereka lebeh suka bersendiri-sendiri.( tidak suka bermasyarakat beragama!)
Mereka lebeh tertarik kepada membuat perkara2 yang lain yang lebeh sesuai dengan kesukaan nafsu kesenangan dunia mereka masing2.
Itulah yang telah ku lihat didalam masyarakat melayu Islamku di Singapura.
Perkara yang paling amat berat untuk mereka lakukan ialah bila diajak bersama2 berkumpul mengaji al Quran!
Ada sahaja alasan!
Ada saja daleh!
Berita yang amat membosankan dan tidak mengembirakan mereka ialah berita tentang dipelawa untuk menghadiri majlis membaca al Quran! Amat melemahkan, membuntukan dan tidak melegekan fikiran mereka! Kalau boleh.... janganlah disebut2 atau dipelawa!
Begitulah yang telah ku lihat selama lebeh hampir 7 tahun penglibatanku dalam bidang dunia seni bacaan al Quran diSingapura.
Bermacam2 perangai, sifat, gaya dan hati perot manusia yang telahku temui.
Dan aku sedar serta mulai mengerti sebab2 mengapa umat islam menjadi mundur dan berpecah-belah!
(umat islam sendiri yang telah menghancurkan dan melecehkan budaya islam mereka sendiri!...sebab itulah mereka dikutuk TUHAN!).
Masyarakat Melayu Islam Singapura Dan Wasiat ku.
MASYARAKAT MELAYU ISLAM SINGAPURA DAN WASIAT KU.
Dengar sini semua kawan2ku...!
Wahai umat islam Singapura ku!
Wahai ahli keluarga ku dan kawan2 ku!
Dengarlah nasihat ku dan pesanku ini....
Aku berpesan ini kepada kamu semua termasuk diriku sendiri!
Bacalah al Quran hari-hari!
Walaupun engkau tidak tahu akan maknanya!
Bacalah al Quran dengan sepenuh hati dan perasaan mu... diantara diri mu dengan Tuhan mu dengan niat mendidik hati jiwa mu sendiri supaya sayang kasih kepada NYA dan mengharapkan keredaan NYA!
Dengarlah bacaan al Quran hari-hari!.... sampai hati mu tertarik dan cenderung dan suka kepada bacaan al Quran dan MAJLISnya!
Didiklah hati kamu supaya SUKA dan CENDERUNG untuk berkumpul BERAMAI2 menghadiri majlis tilawah al Quran dan membaca al Quran!
Didiklah hati dan jiwa kamu supaya tertarik suka dan CENDERUNG bermasyarakat berkumpul dimajlis2 MEMBACA AL QURAN beramai-ramai!
Jangan suka membaca al Quran sendiri-sendiri sahaja dirumah!...tetapi hendaklah beramai2 berkumpul bermasyarakat! Jadikanlah itu sebagai budaya syiar islam kita!
Jadikanlah itu sebagai SIKAP kita!
Jadikanlah itu sebagai trend kehidupan kita dan ahli keluarga kita!
Jadikan itu sebagai kebiasaan hidup bermasyarakat kita.
Jadikanlah itu sebagai kegiatan aktiviti hari2 kelepasaan cuti kita!
Jadikanlah itu sebagai gaya hidup dan BUDAYA HIDUP bermasyarakat kita!
Dengarlah bacaan al Quran berlagu dari QARI2 MESIR!
Kerana bacaan yang dibacakan oleh mereka amat baik sekali dan amat menyentuh perasaan hati! Bacaan QARI2 MESIR amat membantu hati kita supaya khusuk dan membawa hati perasaan kita supaya sayang dan suka mengagungkan Tuhan!
Dengarlah pesan ku ini....!
Jangan terpedaya dengan manusia2 yang berhati dunia dan kekayaan!
Jangan terpedaya dengan manusia2 yang bacul lagi ego!
Jangan terpedaya dengan manusia2 yang pandai memberi alasan padahal engkau lihat mereka itu begitu malas untuk pergi menghadiri majlis2 tilawah membaca al Quran!
Jangan terpedaya dengan manusia2 yang pandai bermain kata2 agama ...padahal mereka sebenarnya mengejar nama, pangkat, kedudukan dan kesenangan kemewahan hidup didunia ini!
Jangan terpedaya dengan segala kata2 manis orang2 ahli dunia!
PERHATIKAN kehidupan mereka!
Perhatikan kekayaan dan kemewahan hidup mereka!
Perhatikan rumah besar mereka!
Perhatikan kereta besar mereka!
Perhatikan kecenderungan hati dan kesukaan hati mereka!
Perhatikan kegiataan aktiviti masa lapang mereka!
Baharulah engkau akan kenal siapa sebenar2nya hati jiwa mereka!
Dan kemudian...engkau akan kenal bahawa mereka ialah orang2 yang sebenarnya berhati dunia yang hanya mengunakan agama untuk kemewahan dunia mereka!
Mereka bukanlah sebenar2nya pejuang2 SOLEH yang zuhud dan berjiwa luhur!
Janganlah terpedaya dengan kesenangan dan kebahagian hidup didunia ini. Kerana ianya tidaklah kekal.
Berusahalah bersungguh menguatkan iman diri sendiri kearah keredaan Tuhan.
Bersungguh2lah beribadat dan berbuat kebajikkan kerana Allah! Jangan sekali2 mengambil ringan soal ini! Kerana... pada satu hari... kita akan mati juga! Ajal maut ...kita tidak tahu. Ia boleh datang mendadak tanpa kita duga dan kita sangka.
Masyarkat Islam Singapura.
MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA - KEMBALILAH KEPADA SIKAP DAN JIWA ISLAM!
Aku seru semua masyarakat umat islam Singapura supaya kembalilah kepada SIKAP corak pemikiran dan JIWA ISLAM yang asli!
Jangan sibuk mengejar HARTA!
Kerana itu bukanlah JIWA sebenar seorang islam!
Jangan sibuk berfikir mengejar kekayaan dan kesenangan hidup didunia dengan nama KEMAJUAN..
Kerana itu bukanlah sebenar2nya corak pemikiran dan JIWA seorang islam yang bertaqwa!
Jangan terpengaruh dengan propaganda supaya anda berusaha senang mewah didalam hidup dengan wang dollar kerana itu bukan pendirian dan keyakinan umat islam yang sebenarnya!
Jangan terpedaya dengan tuduhan2 yang mengatakan umat islam itu mundur kerana...orang2 jahat itu cuba menakut2kan anda dengan kemiskinan! Dan mereka cuba mempengaruhi pemikiran anda supaya sibuk mengejar HARTA (kemajuan) yang akhirnya anda akan menjadi lemah IMAN dan ISLAM anda!
Katakan kepada diri anda bahawa anda adalah seorang umat islam yanbg sejati yang hidup didunia ini bukan untuk menjadi gila dan terpedaya mengejar harta kekayaan!
Katakan kepada diri anda bahawa anda adalah seorang islam yang hiduo didunia ini untuk menngejar kekuatan TAQWA dan IMAN dan berusaha mencari keredaaan TUHAN sepanjang hayat anda!
Itulah sebenar2nya erti KEMAJUAN didalam pengertian ISLAM!
Erti MAJU bagi anda ialah...
Maju bertaqwa!
Maju bertambah2 iman!
Maju bertambah2 membuat kebaikkan kepada manusia dan beramal soleh!
Maju berkeyakinan kepada Tuhan dan tidak takut miskin harta!
Maju berusaha menjadi manusia2 yang pandai berilmu pengetahuan untuk berbakti kepada masyarakat dunia!...BUKAN bersenang2 hidup mewah dengan senyum gembira kerana banyak WANG!
Jangan pandang mulia kepada orang2 yang kaya!
Jangan pandang tinggi dan hormat kepada orang2 yang mewah hidupnya...kerana itu semua bukan ukuran pandangan kita sebagai umat islam sejati! Keran itu semua adalah DAKI dunia dan tipuan setan!...yang akan melalaikan iman umat islam!
Aku akan sambung tulisanku dilain masa.
Kritik - Musabaqah Tilawah Quran Singapura.
Diantara tulisan2 kritik yang ada dialam blog2 dialam cyber ini yang mengkritik sikap masyarakat islam Singapuranya sendiri ....yang telah aku kumpulkan dan akan ku kumpulkan lagi dimasa akan datang buat tatapan awam...ada ditulis dibawah ini.
Semoga dengan kritik2 ini diharap masyarakat islam Singapura akan mengubah sikap mereka kearah kebaikkan dan berjiwa masyarakat! Bukan bersikap dan berjiwa 'pentingkan diri sendiri dan pentingkan kronis mereka sahaja'.
MAJLIS PERTANDINGAN MUSABAQAH TILAWAH AL QURAN KEBANGSAN SINGAPURA TAHUN 2005 PERINGKAT SARINGAN
Tidak ramai yang hadir!
Tidak ramai yang hadir di majlis pertandingan musabaqah tilawah al Quran kebangsaan peringkat saringan tahun 2005 Singapura!
Mana perginya ulama2 dan pendakwah2 agama islam di Singapura?
Mana perginya guru2 yang mengajar mengaji al Quran di Singapura?
Mana perginya ustadz2 yang mengajar taranum al Quran di Singapura?
Mana perginya pemimpin2 umat islam Singapura?
Mana perginya mereka itu semua...???
Mengapa mereka tidak hadir kemajlis tilawah al Quran yang mulia itu?
Mengapa mereka tidak dapat datang kemajlis yang mulia itu yang hanya cuma diadakan setakat 2 tahun sekali tuu?!
Tentu mereka akan memberi seribu alasan...!!!
Kerana mereka memang pandai memberi seribu alasan untuk menutup kemalasan hati-jiwa diri mereka sendiri....!!
Aku dah kata....
Mereka berdakwah dan bercakap tentang agama islam kepada masyarakat.....tetapi apabila diajak menghadiri majlis tilawah al Quran....pasti mereka lari....dan memberi daleh!!
Itulah contohnya fikiran dan hati-jiwa mereka!
Mereka berdakwah kebaikkan dan ingin memajukan umat islam...tetapi bila diajak untuk hadir kemajlis kebun Tuhan...Majlis tilawah al Quran yang mulia itu...mereka pasti lari....dan memberi alasan!!
Itulah contoh sikap dan hati-jiwa mereka!
Para2 pemimipin islam itu cuba membuat kebaikkan didalam masyarakat islam mereka kerana mengharapkan keredaan Tuhan...tetapi apabila diajak untuk menghadiri majils tilawah al Quran yang dimuliakan oleh Tuhan itu....mereka tiba2 sahaja menjadi malas, memberi seribu daleh dan sibuk kepada perkara lain!
Begitulah contohnya fikiran dan hati-jiwa mereka!
Para2 ustadz yang mengajar ugama dan mengajar mengaji al Quran cuba mengembangkan islam dan iman masyarakat islam mereka....tetapi apabila diajak menghadiri majlis syiar islam.....majlis tilawah al Quran yang mulia itu...yang cuma diadakan 2 tahun sekali!....mereka pun sama sahaja!...menghilangkan diri dengan kesibukkan masing2!
Begitulah contoh sikap fikiran dan hati-jiwa mereka!
Memang hidup ini adalah satu sandiwara!
Dan dihadapan Allah jua segala2nya akan dibuka!
Dan kepada NYA kita kembali...
KOMENTAR
Aku akan mengumpul banyak lagi tulisan2 kritik masyarakat islam untuk tatapan bersama supaya sama2 dapat fikirkan dan renungkan.
Kritik Rakyat Singapura Dan Pemerintah Gila Cukai.
KRITIK - RAKYAT SINGAPURA DAN PEMERINTAH GILA CUKAI.
Rakyat Singapura memang hidup penuh dengan cukai! Beban cukai keliling pinggang yang tinggi!
Sana cukai...sini cukai...
Semuanya cukai...dan cukai...dan cukai...!
KOS KEHIDUPAN DI SINGAPURA AMAT TINGGI kerana sistem cukai!
Siapa yang cukai? Tidak lain dan tidak bukan ialah pemerintah mereka sendiri!
Rakyat Singapura yang berpendapatan rendah menjadi mangsa tekanan hidup kerana cukai!
Aku bosan dengan pemerintah Singapura!
Aku bosan dengan cukai!
Aku bosan tinggal di Singapura!
Aku bosan dan tidak akan mengundi pemerintah Singapura yang gila CUKAI!
Aku bosan dengan pemerintah yang ego dan TAMAK!
Aku bosan dengan pemerintah yang tidak berjiwa rakyat! Aku bosan dengan pemimpin yang kaya-raya yang tidak berjiwa rakyat!
Pemimipin Singapura menjadi kaya-raya kerana hasil dari duit rakyat!
Mereka bergaji besar!...rumah besar!...Kereta besar!...hidup selesa!...kerana duit rakyat!
Mereka hanya pandai bercakap...sedangkan kitalah rakyat awam yang membanting tulang...berpeluh-peluh...bertungkus lumus bekerja sepanjang hayat kita!
Aku telah menasihatkan anak2ku dan ahli keluargaku supaya jangan tinggal di Singapura dan pergilah berpindah ke negara lain!
Carilah negeri yang pemerintahnya tidak GILA CUKAI rakyatnya dengan cara melampau!
Rakyat Singapura - Suka Dan Duka.
RAKYAT SINGAPURA - SUKA DAN DUKA.
Aku adalah rakyat Singapura!
Akan ku ceritakan pengalaman hidupku di Singapura, suka dan duka dari kaca mata ku dan apa2 yang telah ku lihat dan dengar dari mulut kawan2ku di Singapura tentang susah dan senag mereka menjalani kehidupan disini.
Aku percaya kepada kebebasan bersuara!
Ini adalah blog aku!
Ini adalah diary peribadi aku!
Ini adalah rumah aku!
Ini adalah dunia aku!
Dunia dimana aku dapat bersuara melepaskan segala kegelisahan dan strees aku!
Dan dengan cara menulis disinilah maka aku dapat sedikit kelegaan dari beban mental aku yang telah hidup di Singapura!
|